1
Izzah Ali. Ya, nama itu sering membuatkan aku benci pada diriku sendiri. Mengapa?
Kerana nama itu banyak menyimpan kenangan pahit suatu ketika dulu. Pahit yang membawa kepada kegagalan aku. Kegagalan hidup, emosi, fizikal, dan paling teruk kegagalan mempertahankan maruah sendiri.
“woi Izzah Ali, kau bawa batu ke buku dalam beg kau tu? Berat semacam jer. hahahahaha”
“ Apasal kau jalan mendada hah? Kau nak tunjuk ‘benda’ kat orang ke ha, Izzah Ali?”
“Sorylah, kitorang dah ada geng sendirilah, kau tak boleh masuk geng kitorang. Lagipun kau tu anak emas, pengadu domba. Kitorang tak nak kene umpat kalau kawan dengan kau, Izzah Ali.”
“ Weh, kau pun reti tulis diari ke? Meh bak sini, bagi aku baca. hahahah”
“Kenapa kau nangis? Nak aku pujuk? Meh sini aku cium kau. Meh,jangan lari.”
Berhenti!!! Tolong. Cukuplah. Aku tak sanggup lagi dengar kata-kata penghinaan sebegini. Apalah salahku? Hanya kerana aku adalah anak cikgu di sekolah tempat ku belajar, aku patut dapat penghinaan seperti ini? Aku tahu mereka cemburu akan kedudukan aku di sekolah sebagai anak cikgu. Tapi apa salahku?
Dulu, di sekolah rendah, aku cukup terkenal dengan kepintaran dan kecekapan aku terhadap pelajaran. Aku bangga kerana aku dapat mengekalkan prestasi aku di sana. Tapi mengapa? Setelah masuk ke sekolah berasrama penuh ini, segalanya menjadi kucar-kacir. Semua perbuatan yang aku lakukan salah di mata orang lain. Gerak geri aku diperhatikan, diri aku menjadi perhatian. Mengapa?
Selama 3 tahun aku hidup dengan merana. Hidup dengan kesedihan setiap saat. Setiap hari, tandas akan menjadi tempat setia aku melepaskan segala kesedihan dan keperitan yang aku lalui. Aku pun tak pernah sangka akan dapat bertahan. Kehidupan remaja yang aku lalui lebih perit dari masalah orang dewasa. Mungkinkan tuhan ingin mengujiku? Ya ALLAH, hanya kau yang tahu betapa berat tanggungan yang aku pikul ini. Berilah aku ketabahan.
Hari-hari yang menjelang aku lalui dengan sabar sehinggalah aku menjalani PMR (Peperiksaan Menengah Rendah).Alhamdulillah, keputusan PMR yang aku dapat tidaklah begitu teruk. Namun ianya tidak secemerlang keputusan UPSR ku yang dahulu. Titisan airmata ibuku, ku pandang dari kejauhan. Maafkan akak mak. Akak dah cuba yang terbaik. Akak tahu mak mengharapkan akak dapat keputusan yang lebih baik. Tapi akak dah mengecewakan mak. Maafkan akak. Tidak sanggup lagi aku melihat wajah emak. Izzah, kau kene jadi kuat. Jangan biar ‘mereka’ menjatuhkan kau.
2
Aku berazam untuk memulihkan diri dan menaikkan semangat diri. Hanya itu yang boleh aku buat dan aku mampu hadiahkan untuk emak. Emak, tunggu kejayaan akak.
Ya, memang aku sudah semakin rajin dan lali dengan kata-kata umpatan korang. Jadi kenapa? aku tak boleh berjaya? Aku tak boleh hidup sebab korang? Aku hanya akan sedih sebab korang? Sedar-sedarlah. Kejahatan akan mendapat balasannya. Sudah-sudahlah, Tiada duit pun yang korang akan dapat jika mempermainkan orang lain. Tambah dosa saja. Aku yang akan kaut semua pahala korang. Emak, akak akan tunjukkan yang akak tak selemah yang orang lain sangkakan. Akak akan tunjukkan yang akak boleh berjaya.
‘Nurul Izzah Ali’ Kelas SPM Intan. Ranking yang ke 67 dari 128. Alhamdulillah. Berkat kesabaran aku, tuhan tolong aku. Terima kasih, ya ALLAH. Aku bersyukur sangat. Aku dapat masuk ke kelas ketiga untuk tingkatan akhir ,tingkatan 5.
3
“Er, kau Izzah kan? Aku Zul. Zulhairi. ” Pertama kali dalam sejarah aku hidup di sekolah yang banyak mencatat kesedihan aku ini, ada orang yang akan tegur aku seikhlas ini. Apa motif mamat ni? aku kacau hidup dia ke? Ke aku yang terlebih perasan dia syok kat aku?
“Izzah? Kau pergi mana dah? London ke? huhuhu”
Mamat ni nak peril-perli aku pulak. Apahal? Nak cari gaduh ke? adui..Tapi,bila aku pandang muka dia sekali, nampak macam askar. Mungkin sebab badan dia yang tinggi dan sasa. Sesuailah kalau aku kata macam askar kan? Kalau pandang dua kali, eish, macam hensem la pulak. Ish, gatal jugak kau ni izzah yerk. Dah-dah. baik kau buat kerja kau elok-elok. Fokus belajar cepat. Dah masuk bulan 2 ni pun kau tak sedar. SPM tinggal berapa bulan saja lagi.Ingat mak kat rumah tu.
Kenapa minah ni macam tak layan aku? Pelik. Ah, biarlah. Aku pun bukan suka cakap dengan perempuan. Tapi kan, macam ada sesuatu yang menarik tau pasal minah ni. Gaya macam brutal. Tapi mata sepet. Macam iras-iras cina. Cantik. Tapi di sebalik mata dia tu macam ada seribu satu kedukaan aku tengok. Buat aku rasa macam nak tahu saja. Ish, hebat jugak penangan minah ni. Kalau tak, takkan aku tiba-tiba pergi kenalkan diri kat dia.
“Izzah, kau belajar apa tu? Kenapa kau rajin sangat? Relaxlah. Baru bulan 2. Minggu depan ada larian desa. Mesti ramai cikgu tak masuk.”
ish, ni yang aku tak suka ni. Kenapa pulak mamat ni sibuk pasal hal aku ni. suka hatilah aku nak baring ke, nak belajar ke, nak makan ke. Ada dia susah ke?
“Kau ni bisu agaknya. Dahlah, aku nak tidur. Susahlah layan kau ni.” Zul terus meletakkan kepalanya atas meja dan tidur.
Lah, kau yang sibuk nak cakap dengan aku. Aku pulak dilabel susah? Nak kena dengan aku ni mamat ni. Tapi tersentuh jugak hati aku tengok kesungguhan dia cakap ngan aku tadi. Yelar, akulah juara pendiam dalam kelas. Bukan apa, aku tau ramai orang tak suka aku, tak suka nak kawan ngan aku. Takkan aku nak cakap seorang-seorang pulakkan. nanti dapat pulak label baru, kurang siuman atau gila. Susah-susah, diam saja lah kan?
Eh, dia dah bangunlah. Comelnya muka dia lepas bangun tidur. aku nak tegur ke tak nak? Tadi dia dah cukup baik nak cakap dengan aku. Tapi layak ke aku nak cakap dengan dia?
“Erm, zul. Kau dah sampai mana tu? Bulan ke? Cantik tak bulan tu?” Aku ni mana reti sangat nak berbual dengan orang. nak gurau pun, macam kekok. Eh, kenapa dia senyum tiba-tiba? Kenapa jantung aku lain macam ni?
“ Sampai Planet Pluto dah. Cantik planet tu. Orang-orang kat sana pun baik-baik. Kenapa? Nak kirim salam ke? Boleh saja. Nanti saya call orang kat sana sampaikan salam awak. Amacam?”Mamat ni tersenyum lagi.
ish, kenapa dengan aku ni? Sakit ke? Kenapa sweet sangat dia senyum tadi? aduhai..izzah, izzah.
Kenapa minah ni terdiam pulak? Aku salah cakap ke? Takkan buat lawak pun marah? Tapi sweet la muka die macam tu. apa orang kata. Muka blur.Hahaha.
Eh, ketawa pulak mamat ni. Malulah. Cakap la apa-apa izzah.
“ Erm, ye, encik Pluto. Tolong sampaikan salam saya dari bumi ya.” Bagus, pandai kau jawab izzah.
“oh, cik Bumi ya, ok. Nanti saya tolong kirimkan salam anda. Hahaha”. Kenapa mamat ni asyik ketawa saja. aku ada buat lawak ke? Aiya. Macam mana ni?
4
“Izzah, apa cita-cita kau ya?Aku nak tahulah, boleh ke?”
Ya, kami sudah semakin rapat sejak insiden encik Pluto dan cik bumi. Aku sedar, rupanya, masih ada lagi hati-hati baik yang sudi berkawan dengan aku. Terima kasih. Aku sangat hargai.
“ Aku, nak jadi cikgu, tak pun pensyarah.Kau pulak?”
Zul sentiasa membuat hatiku ceria. Aku akui, semakin lama, aku semakin suka berkawan dengannya. Dengan erti kata lain, aku selesa, gembira dan aku juga sudah mulai sukakannya. Tapi, aku tahu, perempuan seperti aku yang selalu dipandang hina ini, tak akan layak mendapat seorang lelaki sepertinya.
“ Aku mungkin nak jadi doktor. Doktor bedah mayat. Mesti kau pelik kan? Aku pun pelik. Tapi itulah impian aku. Aku nak tolong orang.”
Ya, zul memang seorang yang penyayang dan caring. Sewaktu larian desa dahulu, aku tidak dapat ambil bahagian kerana aku demam. Dia pun, sanggup tidak ambil bahagian semata-mata untuk jaga aku. Katanya, selain dia, siapa lagi boleh jaga aku. Syukur aku bertemu dengannya.
“Izzah, petang ni kita belajar fizik ya. Kau ajar aku tau. Aku tak faham bab tadi.”
Kami sering belajar bersama-sama. Hingga ramai mengatakan kami sebagai belangkas. Sentiasa berdua. Orang-orang yang selalu mengumpatku dahulu juga terdiam dan tidak berani lagi mengejekku semenjak aku berkawan dengannya. Betapa aman hidupku, ku rasakan.
5
“Zul, dormmate aku kata, kau ada sesuatu nak beritahu aku. Apa dia? mak kau sakit ke?” Ya, aku sungguh cemas dan takut kerana sejak semalam, aku terbayang-bayang sesuatu yang buruk akan berlaku.
“ Erm, izzah. Macam mana ya nak cakap. Kau pun tahu, sebelum ni aku jarang cakap dengan perempuan. Aku susah nak layan perempuan. Dan kaulah perempuan pertama yang aku selesa berkawan dan luahkan semua yang aku tak boleh cakap dengan orang lain. Tentu kau pun tahu, apa yang aku tahu.” Kenapa mamat ni cakap panjang lebar ni? Berbelit-belit pulak.
“ Aku nak cakap, yang aku.. aku.. aduh, aku..”
Kenapa aku tergagap-gagap ni? Depan minah ni pulak? Alamak. Izzah, kalau kau tahu rahsia hati aku, sudikah kau terima aku? Aku ni siapalah dimata kau. mungkin hanya kawan biasa.Tapi, aku tak sanggup pendam lagi. Cakap saja lah.
“ Macam ni, perasaan tu ada pada kau. tapi aku tak boleh cakap. Aku tak bersedia. Beri aku tempoh sampai malam ni ya. malam ni aku akan cakap.” Terkulat-kulat muka zul menerangkan keadaan sebenarnya.
Baru aku faham, apa yang hendak dikatakannya. Aku ingatkan ada sesuatu yang buruklah nak berlaku. Malunya. Tidak aku sangka zul akan jatuh hati pada ku. Tapi pernahkah orang declare atau luahkan perasaan boleh bersambung-sambung? Hahaha. Inilah uniknya mamat ni. Dia seorang saja dalam seribu yang akan buat macam tu.
Nak tunggu malam punyalah hati aku ni berdebar-debar kan. Macam dunia nak kiamat saja rasanya. Aku tahu dia ikhlas sukai aku sepertimana aku sukainya. Terima kasih zul.
“erm, Izzah, sory sebab biar kau tertunggu-tunggu. ok. Kaulah cinta pertama aku. Jadi, sekarang, aku nak cakap yang aku sukakan kau dan aku nak kau jadi teman istimewa aku. Sudikah?”
Chewah, terharu sungguh aku mendengar apa yang dia katakan. Berbunga-bunga hatiku sebentar, dan tidak lama, aku mengangguk tanda sudi untuk menjadi teman istimewanya. Syukur, Ya ALLAH. Terima kasih. Kau berikan aku cukup banyak kebahagiaan. Kepedihan yang kurasa dahulu bagaikan hilang begitu saja. Terima kasih zulhairi kerana sudi menyeri hidupku walau kau tahu diriku banyak kekurangan. Terima kasih.
6
Nurul Izzah Ali
Keputusan SPM: 4 A, 5 B, 1 C.
Matrikulasi: 2.79 CGPA.
Universiti Malaysia Sabah: Tahun 1: 3.13 CGPA
Tahun 2: 3.20 CGPA
Ya, aku sekarang berada di Sabah dan zulhairi di Terengganu. Walau laut cina selatan memisahkan kami, namun hati kami tetap setia menanti cinta sejati insyaALLAH selepas berkahwin nanti. Tunggu kami 3 tahun lagi. Aku sekarang mengambil kos akuakultur di UMS. Alhamdulillah. Bidang itu sangat sesuai dengan jiwaku, Tiada lagi pengalaman pahit dan duka yang aku lalui dulu.
Emak, akak dah berjaya mak. Akak dah buktikan pada orang yang hina akak dulu, yang akak bukan lemah. Terima kasih. Sokongan berterusan dari emak dan kehadiran insan yang akak sayang, bakal menantu emak, dah berjaya keluarkan akak dari belenggu kepahitan.
Terengganu. Zul belajar perubatan ke?Salah, tekaan anda meleset. Dia sekarang sedang menuntut di Institut perguruan Besut. Ya, cikgu. Dia pilih untuk menjadi cikgu kerana saya. Dia sanggup melepaskan impiannya, semata-mata kerana saya.
Katanya, “Ery jadi cikgu sebab nak kahwin cepat dengan eza. Ery nak bagi eza kebahagiaan. Ery nak luahkan masa lebih banyak dengan eza. Ery nak ada kerja tetap yang dapat beri eza kebahagiaan. Banyak dah kesengsaraan yang eza alami. Ery tak nak eza berduka dan bersedih lagi. Cukuplah dengan adanya eza dalam hidup ery. Impian eza, impian ery jugak. Ery cintakan eza.”
Terima kasih zulhairi..
Beri komen anda ikhlas ya.
-miss nia-
0 comments:
Post a Comment